Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Razer Blade Stealth Kini Hadir Dengan Pilihan Skrin 13.3-inci

Razer Blade Stealth telah sedia diperkenalkan sebelum ini, tetapi dengan skrin bersaiz hanya 12.5-inci sahaja. Untuk peminat permainan video, perkara ini mungkin tidak memadai, dan kini Razer hadir dengan penawaran skrin lebih besar, iaitu bersaiz 13.3-inci.

Razer Blade Stealth dengan skrin 13.3-inci ini hadir menggunakan resolusi 3200×1800 pixel, dilengkapi cip Intel Core i7, memori sehingga 16GB RAM dan storan sehingga 256GB SSD.

Razer Blade Stealth

Menariknya, Razer juga turut menawarkan versi khusus komputer riba ini yang hadir dengan rekaan kerangka yang lebih tampak elegan dengan logo Razer yang bukan berwarna hijau seperti kebiasaan. Walaubagaimanapun, versi ini hanya ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja.

Razer Blade Stealth ini ditawarkan pada harga bermula $1399 iaitu sekitar RM5957.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Razer Blade Stealth Kini Hadir Dengan Pilihan Skrin 13.3-inci"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info