Sembang Maniac

Sembang-sembang je

10 Perkara Menarik Assassin’s Creed Origins

Keikhwanan pembunuh upahan kembali selepas berehat selama setahun. Kota London ketika zaman industri perindustrian akan digantikan oleh kota Mesir zaman firaun. Bayek ialah watak yang bakal dikawal pemain. Ubisoft telah memperlihatkan demo hampir 30 minit permainan ini. Berikut ialah 10 perkara baru atau menarik yang kami sedari selepas menonton video tersebut.

1. Sistem Permainan RPG Aksi

Genre RPG aksi (Action RPG) kini semakin popular dengan Horizon Zero Dawn antara permainan yang menggunakan sistem ini dengan baik sekali. Origins turut terjun tiruk bertukar ke genre ini. Setiap aksi akan diberikan XP dan pengguna akan diberikan kebebasan melakukan level-up dengan lebih mendalam. Sistem ini diperkenalkan pada Syndicate tetapi tidak secara menyeluruh.

Tiga kelas boleh dipilih oleh pemain iaitu Seer,  Warrior dan Hunter. Seer mementingkan kepakaran stealth. Mereka boleh memanipulasi NPC dan haiwan. Warrior pula mementingkan kepakaran berperang menggunakan senjata. Hunter pula mementingkan kepakaran senjata jarak jauh seperti panah.

Dalam Syndicate Evey Fry ialah seorang Seer dan Jacob Fry pula seorang Warrior. Dengan sistem level-up baru ini pemain bebas menetapkan player-class watak yang dikawal mengikut kehendak peribadi. Paling menarik skill terakhir seperti Master Warrior (gambar di bawah) boleh terus ditambah tanpa had batasan. Ini berbeza dengan Syndicate yang tidak membenarkan perk ditambah selepas watak sudah di level-up sepenuhnya.

 

2. Adrenaline

Adrenaline ialah elemen baru yang diperkenalkan. Setiap aksi membunuh atau kejayaan menghalang serangan musuh akan meningkatkan tahap stamina Bayek. Apabila Adrenaline mencapai tahap maksimum, serangan yang mendatangkan damage lebih tinggi boleh diaktifkan. Ini berguna apabila menentang musuh dengan HP dan level lebih tinggi.

 

3. Tidak Semua Musuh Boleh Dibunuh Serta Merta

Seperti kami katakan di atas sebentar tadi, musuh mempunyai level dan HP berbeza. Musuh pada tahap lebih tinggi berbanding Bayek tidak boleh dibunuh serta merta menggunakan Hidden Blade. Kesemua musuh pada tahap lebih tinggi akan mempunyai ikon berwarna merah di atas kepala.  Pemain perlu menaik taraf watak dan damage rating senjata untuk melakukan pembunuhan pantas.

 

4. Helang Di Udara Menggantikan Eagle Vision

Senu ialah helang yang boleh dikawal oleh Bayek. Ia boleh terbang dan menjadi mata di udara seakan dron. Kedudukan musuh dan statistik mereka akan dapat dikesan oleh Senu. Seperti di dalam Syndicate, pemain kemudian boleh menandakan posisi musuh dan menjejak pergerakan mereka. Berita buruk di sini ialah kuasa Eagle Vision tidak lagi wujud. Nampaknya kemampuan menggunakan kuasa Assassin ini masih belum wujud ketika zaman Bayek.

 

5.Kemampuan Menyelam

Sebelum ini kemampuan menyelam hanya diberikan pada kawasan kapal karam di dalam Black Flag. Kali ini Bayek boleh menyelam di kesemua kawasan berair.

 

6. Menggunakan Senjata Di Dalam Air

Assasin Creed 2 membenarkan pemain berenang buat pertama kali. Altair yang kerap mati apabila terjatuh ke dalam air menjadi jenaka internet sejurus selepas Assassin’s Creed dilancarkan. Origins membawakan fungsi baru di mana senjata akhirnya boleh digunakan di dalam air. Di dalam demo, anak panah boleh ditembak ketika di atas permukaan air. Ketika menyelam pula senjata melee seperti pedang boleh dilibas untuk mempertahankan diri dari buaya dan badak air.

 

7. Menggunakan Senjata Ketika Di Udara

Senjata boleh ditembak ketika Bayek di udara. Sebelum ni hanya Hidden Blade diberikan kemampuan ini. Di dalam trailer jelas Bayek dilihat menembak panah ketika melompat dari pokok. Bagi memudahkan pemain menembak, permainan bergerak perlahan seperti di dalam dunia The Matrix.

 

8. Membuka Peta Dengan Mendaki Menara Dikekalkan

Mendaki menara untuk membuka kawasan peta dari fog-of-war ialah elemen klasik Assassin’s Creed. Ada yang menyukainya dan tidak kurang juga yang membencinya. Pihak Ubisoft mengekalkan elemen ini dan peta tidak boleh dibuka dengan hanya menggunakan Senu. Aksi leap-of-faith juga masih dikekalkan.

 

9. Gear Kini Mempunyai Kesan Tambahan

Baju zirah dan senjata di dalam Assassin’s Creed sudah lama mempunyai kesan berbeza kepada pemakai. Di dalam Syndicate senjata mempunyai kesan Damage, Stun dan Lethality. Setakat ini dari apa yang kami lihat senjata turut mempunyai kesan tambahan seperti menjana Adrenaline, kebarangkalian Critical Hit dan Melee Resistance. Kesan tambahan ini bergantung kepada tahap kesukaran mendapatkannya. Gear berwarna biru adalah mudah ditemui manakala warna ungu lebih jarang ditemui.

 

10. Tiga Jenis Haiwan Tunggangan

Di dalam Origins kuda, unta dan kereta pedati boleh digunakan sebagai kenderaan untuk bergerak. Seperti gear, kesemua jenis kenderaan ini mempunyai stat yang berbeza. Sebelum ini kesemua kuda mempunyai kelajuan yang sama.

Di dalam Syndicate kereta pedati lebih kecil adalah lebih pantas. Setakat ini Ubisoft masih belum berkongsi imej kereta pedati. Kewujudannya hanya disahkan oleh Ashraf Ismail, pengarah Origins pada acara UbiE3 Selasa lalu.

Baiklah ini sahaja sepuluh perkara baru dan menarik yang kami temui setakat ini. Kami yakin lebih banyak maklumat akan didedahkan oleh Ubisoft apabila tarikh pelancaran Origins semakin hampir. Assassin’s Creed Origins akan hadir pada PlayStation 4, Xbox One dan PC pada 27 Oktober hadapan.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "10 Perkara Menarik Assassin’s Creed Origins"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info