Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei Watch 2 Bersama eSIM Kini Mula Ditawarkan Oleh Maxis

Huawei Watch 2 merupakan jam tangan pintar yang hadir dengan sokongan rangkaian selular secara terbina, dan memerlukan pengguna untuk menggunakan eSIM untuk menggunakan rangkaian selular berkenaan. Untuk tujuan berkenaan, kini Huawei bekerjasama dengan pihak Maxis secara eksklusif untuk menawarkan Huawei Watch 2 bersama pakej khusus.

Huawei Watch 2

Maxis menawarkan Huawei Watch 2 bersama pilihan sama ada Huawei P10 atau Huawei Mate 9 dibawah pakej Zerolution. Pengguna boleh mendapatkan ia pada harga serendah RM93 sebulan untuk gabungan Huawei P10 dan Huawei Watch 2 melalui pakej Maxis One158. Pihak Huawei mengatakan kepada kami yang mana ia tidak akan ditawarkan pada kedai pengedar lain, dan perlu mendapatkan ia bersama pakej Maxis sahaja buat masa ini.

Huawei Watch 2 hadir dengan skrin bulat, dilengkapi dengan rangkaian 4G LTE melalui eSIM, penggunaan bateri sehingga 7 jam, storan 4GB, dan dilengkapi sokongan kalis air dan debu IP68.

Di Malaysia, hanya Huawei Watch 2 berwarkan hitam sahaja yang akan ditawarkan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Watch 2 Bersama eSIM Kini Mula Ditawarkan Oleh Maxis"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info