Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemaskini Android 7.1 Nougat Hadir Untuk ASUS Zenfone 3 Zoom – Membawakan Sokongan RAW & Portrait Mode

ASUS pada sebelum ini telah mula menjual ASUS Zenfone 3 Zoom, iaitu peranti dengan keupayaan dwi-kamera dengan kapasiti bateri 5000 mAh. Namun ia tidak hadir dengan Android 7.1 Nougat pada mulanya dan hanya menawarkan sistem Android 6.0 Marshmallow secara terbina. Kini, seperti yang dijanjikan oleh ASUS pada halaman produk mereka, peranti ini telah mula menerima kemaskini Android 7.1 Nougat dengan penambahbaikan beberapa perkara dan sejumlah fungsi baru.

Antara fungsi yang telah hadir ialah Portrait Mode, yang membolehkan peranti menghasilkan gambar dengan kesan bokeh seperti mana yang telah hadir pada iPhone 7 Plus. Ia juga kini menyokong penggambaran RAW, bagi memudahkan orang ramai membuat suntingan pada gambar yang diambil. Paparan launcher yang hadir pada ASUS ZenUI turut diberi kemaskini, dengan menampilkan bahagian Google Now pada bahagian kiri homescreen.

Kemaskini besar ini turut memberikan penampilan baru untuk ruangan notification drawer yang kini membawa antaramuka dengan kesan translucent padanya. Pada bahagian lockscreen juga turut membawa tampilan yang lebih kemas, dengan membawa paparan jam yang lebih kecil untuk memberi ruang kepada paparan wallpaper yang lebih menyeluruh.

Dengan kemaskini Android 7.1 Nougat, ASUS Zenfone 3 Zoom kini turut menyokong fungsi multi-window, Doze On-the-Go untuk penjimatan bateri ketika bergerak, dan sokongan membalas mesej terus daripada notifikasi. Kemaskini ini juga membawa tarikh Android security patch level yang lebih terkini iaitu pada 1 May 2017 berbanding 1 March 2017 menerusi kemaskini terdahulu.

Kemaskini ini telah mula diedarkan bermula hari ini dan anda yang mempunyai peranti ASUS Zenfone 3 Zoom, boleh menuju ke halaman Settings > System updates > Check Update untuk memulakan proses kemaskini telefon anda.

Baca: Ulasan: ASUS Zenfone 3 Zoom



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemaskini Android 7.1 Nougat Hadir Untuk ASUS Zenfone 3 Zoom – Membawakan Sokongan RAW & Portrait Mode"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info