Sembang Maniac

Sembang-sembang je

YouTube Melancarkan Tujuh Rancangan Tersendiri Yang Boleh Ditonton Secara Percuma

Menghasilkan kandungan tersendiri ialah langkah yang diambil oleh perkhidmatan penstriman video bagi menarik pengguna. Netflix terkenal dengan OITNB dan House of Card manakala iFlix mengumumkan rancangan komedi mereka sendiri. Sebelum ini YouTube melakukan perkara yang sama menerusi YouTube Red yang merupakan sebuah perkhidmatan berbayar. Hari ini mereka mengumumkan tujuh rancangan tersendiri yang boleh ditonton oleh kesemua pengguna secara percuma.

YouTube bekerjasama dengan Kevin Hart, Rhett and Link, Ellen DeGeneres, Katy Perry, The Slow Mo Guys, Demi Lovato dan Ludacris  untuk menghasillan kandungan ekslusif. Antara yang ditawarkan ialah Ellen’s Show Me More Show yang hadir dua kali seminggu dan memberikan pandangan belakang tabir rancangan popular Ellen. Terdapat juga Best.Cover.Ever. yang memberikan peluang pengguna seluruh dunia menghantar video nyanyian lagu popular. Sekiranya mereka cukup bagus mereka berpeluang berduet dengan artis asal.

Menarik sekali melihat YouTube yang menyebabkan rancangan TV terancam kini menggunakan resipi lama saluran TV untuk menarik minat penonton di atas talian.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "YouTube Melancarkan Tujuh Rancangan Tersendiri Yang Boleh Ditonton Secara Percuma"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info