Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Blackberry “Athena” Memasuki Pangkalan Data TENAA – Mungkin Menggantikan KeyOne

Beberapa imej pengolokan Blackberry Athena telah tertiris tiga minggu yang lalu. Ia adalah peranti yang dipercayai akan menggantikan Blackberry KeyOne. Berdasarkan reaksi pembaca, ramai menunjukkan minat untuk memiliki peranti yang masih mempunyai papan kekunci fizikal.

Kewujudan peranti ini dibuktikan sekali lagi selepas Blackberry Athena memasuki pangkalan data TENAA di China. Athena menggunakan nombor model BBF100-4. Perubahan paling ketara ialah penggunaan dwi-kamera pada bahagian belakang. Kemasukan peranti ini di TENAA memberikan petanda ia bakal dilancarkan di China tidak lama lagi. Masih adakah di kalangan pembaca Amanz yang menggemari peranti dengan papan kekunci fizikal?



Banyak lagi menarik FB kami

https://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Blackberry “Athena” Memasuki Pangkalan Data TENAA – Mungkin Menggantikan KeyOne"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info