Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Mi Max 2 Dilancarkan Dengan Bateri Sebesar 5300 mAh

Bagi peminat peranti dengan skrin yang besar, Xiaomi Mi Max 2 dilancarkan hari ini. Seperti tahun lalu ia dilengkapi skrin sebesar 6.44″ dengan resolusi 1080P. Pemproses tahun ini ialah Snapdragon 625, memori 4 GB RAM dan storan 128 GB. Kemampuan kamera pula ialah 12-Megapixel pada bahagian belakang dan 5-Megapixel pada bahagian hadapan. Kamera utama menggunakan sensor Sony IMX398.

Paling menarik tahun ini ialah bateri yang amat besar 5300 mAh dengan sokongan pengecasan pantas QuickCharge 3.0 melalui port USB-C. Menurut Xiaomi bateri boleh dicas sehingga 68% dalam masa hanya sejam. Dengan saiz bateri yang besar ini, peranti boleh digunakan sehingga dua hari.

Dari segi rekaan ia lebih dibulatkan berbanding model tahun lalu. Ia masih lagi menggunakan butang navigasi kapasitif pada bahagian dagu. Sistem audio stereo disokong dengan penggunaan dua pembesar satu di bahagian hadapan dan satu pada bawah. Rekaan antena juga dikemaskini pada bahagian belakang untuk membuatkannya kelihatan lebih menarik.

Sedang dikemaskini

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Mi Max 2 Dilancarkan Dengan Bateri Sebesar 5300 mAh"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info