Di dalam dunia peranti realiti Maya, HTC Vive mempunyai kemampuan yang terbaik kerana membolehkan pengguna bergerak di dalam ruang tiga dimensi. Tetapi untuk menikmati Vive, pengguna perlu mempunyai PC dengan spesifikasi yang tinggi. Di Google I/O yang sedang berlangsung sekarang, Vive mengumumkan peranti realiti maya terbaru mereka yang beroperasi secara kendiri.
Ia tidak memerlukan sebuah PC ataupun peranti pintar untuk beroperasi. Platform realiti maya Google Daydream akan digunakan sebagai asas dengan WorldSense yang membolehkan kedudukan tiga paksi dijejak secara nyata. Peranti yang masih belum mempunyai nama rasmi ini akan dilancarkan pada penghujung tahun ini. Kewujudan peranti ini tidak mengejutkan kerana Oculus yang merupakan pesaing kepada Vive turut sedang membangunkan peranti realiti maya kendiri mereka.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Vive Mengumumkan Peranti Realiti-Maya Yang Beroperasi Secara Kendiri"