Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura-Ura) Apple Mungkin Tidak Akan Mengemaskini iPad Mini Lagi

Sering kali kita mendengar desas-desus mengenai sesuatu produk dalam arena teknologi, jauh sebelum ia berlaku. Kini, menurut laporan daripada BGR, ia dikatakan Apple mungkin tidak hadir dengan kemaskini baru untuk keluarga tablet bersaiz kompak, iPad Mini.

iPad Mini merupakan tablet bersaiz 7.9-inci daripada Apple, dan sebelum ini ditawarkan pada harga paling rendah. Walaubagaimanapun, baru-baru ini, perkara berkenaan berubah apabila iPad 9.7-inci baru diperkenalkan dengan harga yang lebih rendah.

Malah, Apple sendiri kini menawarkan peranti bersaiz besar, melalui iPhone 7 Plus, selain permintaan tablet sendiri yang menurun dari hari ke hari. Tetapi, perkara ini masih tidak memberikan sebab yang kukuh untuk Apple menamatkan keluarga iPad.

Seperti biasa, Apple tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan perkara ini buat masa ini.

Buat masa ini, melalui laman Apple Store Malaysia, dua variasi iPad Mini 4 sahaja ditawarkan, iaitu 128GB dengan WiFi pada harga RM1899, dan 128GB dengan sokongan selular pada harga RM2549.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Apple Mungkin Tidak Akan Mengemaskini iPad Mini Lagi"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info