Sembang Maniac

Sembang-sembang je

TuneTalk Membolehkan Anda Memastikan Nombor Anda Aktif Sepanjang Tahun Untuk RM10

Bagi kebanyakkan pengguna prabayar, salah satu perkara yang menjadi igauan adalah untuk memastikan nombor sentiasa aktif. Beberapa syarikat menyediakan penawaran untuk memastikan talian sentiasa aktif pada bayaran tambahan.

TuneTalk

Terkini, TuneTalk hadir dengan penawaran mereka kepada pengguna prabayar, dimana pengguna hanya perlu membayar RM10 untuk mengaktifkan talian mereka selama setahun. Pengguna talian TuneTalk boleh melakukan perkara ini dengan menghantar SMS EXT kepada 2222, dan perlu memastikan baki talian mereka adalah lebih daripada RM15.

Bagi anda yang menggunakan talian TuneTalk, mungkin boleh mencubanya, dan memastikan talian anda sentiasa aktif sepanjang tahun tanpa risau ia dinyah-aktifkan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "TuneTalk Membolehkan Anda Memastikan Nombor Anda Aktif Sepanjang Tahun Untuk RM10"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info