Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Chrome Akan Menaik-Taraf Secara Automatik Kepada Versi 64-bit Untuk Pengguna Windows

Google sedia menawarkan Chrome 64-bit untuk komputer dengan sistem 64-bit, yang mana menawarkan prestasi pelayaran dan grafik lebih baik, pengurusan memori yang dioptimasikan, serta kelebihan dari segi sekuriti. Tetapi, masih terdapat ramai pengguna yang tidak mempedulikan perkara berkenaan, dan masih ada yang menggunakan Chrome 32-bit pada sistem 64-bit mereka.

Kini, untuk lebih memudahkan pengguna menaik-taraf, Google secara automatik akan menaik-taraf daripada versi 32-bit kepada 64-bit pada sistem operasi Windows yang mempunyai memori lebih 4GB RAM.

Perubahan ini akan dilakukan secara automatik, dan berkemungkinan anda tidak akan perasan perkara berkenaan – sekiranya masih tidak menaik-taraf kepada versi 64-bit.

Walaubagaimanapun, bagi pengguna yang masih memerlukan versi 32-bit, anda masih boleh memuat-turunnya daripada laman muat-turun Chrome seperti sebelumnya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Chrome Akan Menaik-Taraf Secara Automatik Kepada Versi 64-bit Untuk Pengguna Windows"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info