Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Terawhere Bakal Dilancarkan – Memudahkan Pengguna Berkongsi Kenderaan Ke Solat Terawih

Bulan Ramadhan bakal menjelang tiba, dan seperti biasa, kita akan dpat melihat beberapa aplikasi yang dibangunkan khusus bersempena dengannya. Terkini, salah satu aplikasi yang dilihat dalam pembangunan dan dijangka hadir tidak lama lagi adalah Terawhere.

Terawhere ini dibangunkan oleh pembangun daripada Singapura. Ia tidak dinyatakan bilakah akan dilancarkan, tetapi sekadar diketahui ia bakal hadir sebelum bulan Ramadhan kelak.

Terawhere

Melaluinya, pengguna boleh berkongsi kenderaan ketika ingin ke solat Terawih, dan pada masa yang sama mengenali rakan-rakan baru. Ia akan menghubungkan pemandu kenderaan dengan pengguna berdekatan dengan mereka.

Aplikasi ini bakal ditawarkan secara percuma untuk Android dan iOS. Perkembangan dan idea ini semestinya salah satu kaedah baik dalam mengenali rakan-rakan baru, selain memudahkan proses pengangkutan ke masjid.

Walaupun dilancarkan untuk pasaran Singapura, tetapi sekiranya ia menggunakan konsep “perkongsian awam”, maka tidak mustahil untuk kita di Malaysia, atau seluruh dunia menggunakannya.

Layari : Terawhere



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Terawhere Bakal Dilancarkan – Memudahkan Pengguna Berkongsi Kenderaan Ke Solat Terawih"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info