Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Telegram Desktop Dikemaskini Dengan Sokongan Panggilan Suara

Telegram sebelum ini telah memperkenalkan sokongan panggilan suara pada aplikasi Android dan iOS. Hari ini, pembangunnya turut mengemaskini perisian Telegram untuk desktop, dan turut menambah sokongan Telegram Calls melaluinya.

Seperti biasa, Telegram Calls untuk desktop turut menawarkan kualiti panggilan yang baik – dan ditambah-baik dari hari ke hari melalui integrasi kecerdasan buatan.

Telegram Desktop

Pengguna boleh membuat panggilan suara dengan klik pada ikon panggilan pada bahagian tepi nama sebarang pengguna, dan ia akan membuka sebuah tetingkap kecil memaparkan panggilan yang sedang dilakukan.

Bagi anda yang menggunakan Telegram Desktop, mungkin boleh mengemaskini perisian anda, dan menikmati Telegram Calls terus melalui desktop – sekaligus menggunakan ia sebagai alternatif untuk Skype, Google Hangouts dan lain-lain.

Muat-Turun Telegram Desktop



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Telegram Desktop Dikemaskini Dengan Sokongan Panggilan Suara"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info