Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Novel The Witcher Diadaptasi Menjadi Siri Netflix

Permainan RPG terhangat sejak kebelakangan ini ialah siri The Witcher yang diterbitkan oleh CD Projekt Red. Bagi yang kurang arif, permainan video ini diadaptasi dari novel yang ditulis oleh Andrzej Sapkowski. Novel-novel tulisan beliau kini sah akan diadaptasi menjadi siri di Netflix.

Setakat ini barisan pelakon masih belum diumumkan tetapi Tomasz BagiƄski yang mengarahkan animasi CG pada permainan The Witcher disahkan sebagai salah seorang pengarah. Sekiranya dilakukan dengan betul, siri The Witcher boleh menjadi siri yang sehebat Game of Thrones kerana berkongsi elemen fantasi serta magis Siri ini juga diterbitkan oleh Jason Brown yang sebelum ini menerbitkan siri popular The Expense.

Siapakah harus melakonkan watak Geralt of Rivia dan Yennefer of Vengerberg? Kami mahukan Mads Mikkelsen dan Eva Hreen.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Novel The Witcher Diadaptasi Menjadi Siri Netflix"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info