Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Malware Untuk macOS Tersebar Melalui Perisian Popular, HandBrake

HandbrakeHandBrake merupakan salah satu perisian popular yang digunakan ramai dalam mengubah atau transcode sesuatu video. Ia ditawarkan untuk pelbagai platform termasuk untuk macOS.

Terkini, pembangunnya telah mengeluarkan amaran kepada pengguna macOS yang menggunakan perisian mereka, terutamanya sekiranya muat-turun antara 2 Mei 2017 hingga 6 Mei 2017 lepas. Ini kerana, mereka dapati pelayan muat-turun perisian berkenaan telah digodam, dan malware untuk MacOS tersebar bersama-sama dengannya.

Sekiranya anda memuat-turun perisian berkenaan pada tempoh berkenaan, terdapat 50% peluang dimana sistem anda diancam dengan malware yang dinamakan sebagai OSX.Proton.

Bagi anda yang menggunakan HandBrake, mungkin boleh menyemak perisian dan komputer anda untuk mengelak ia dijangkiti malware berkenaan. Pembangun HandBrake sendiri menyediakan arahan ringkas untuk tujuan berkenaan, dan kini dalam proses mengambil langkah sekuriti tambahan untuk mengelak perkara sama berulang pada masa akan datang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Malware Untuk macOS Tersebar Melalui Perisian Popular, HandBrake"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info