Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dilaporkan Menduduki Tangga Utama Dalam Angka Pengeluaran Peranti Boleh-Pakai

Strategy Analytics terkini telah mengeluarkan angka untuk peranti boleh-pakai bagi suku pertama tahun 2017. Melalui angka yang dikeluarkan, Apple dilihat menduduki tangga utama pengeluaran tertinggi melalui penawaran Apple Watch mereka.

Menurut laporan penganalisa yang dikeluarkan, Apple Watch dikatakan telah dikeluarkan sekitar 3.5 juta unit pada suku pertama 2017, dan diikuti oleh Xiaomi pada tangga kedua dengan 3.4 juta unit. Walaupun angka tersebut tidak jauh beza, namun jikalau dilihat daripada trend jualan, angka peranti yang dikeluarkan oleh Xiaomi dilihat berkurangan dari tahun 2016 lepas (dari 3.8 juta unit kepada 3.4 juta unit), berbanding dengan Apple Watch yang meningkat (dari 2.2 juta unit kepada 3.5 juta unit).

Pengeluar peranti popular, Fitbit pula menduduki tangga ketiga dengan pengeluaran sekitar 2.9 juta unit untuk tempoh yang sama.

Strategy Analytics

Seperti biasa, angka yang dikeluarkan ini adalah daripada pihak penganalisa Strategy Analytics dan bukannya angka pengeluaran rasmi. Apa pun, secara kasar ia boleh dikatakan Apple telah mula mendahului dalam segmen ini – apatah lagi dengan Fitbit yang sedikit lambat dalam pengeluaran jam tangan pintar mereka.

Bagi anda sendiri, adakah anda menggunakan jam tangan pintar atau sebarang peranti boleh-pakai? Jika ya, apakah jenama yang digunakan anda?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dilaporkan Menduduki Tangga Utama Dalam Angka Pengeluaran Peranti Boleh-Pakai"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info