Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Khairy : Program Jom Belajar Koding Akan Diteruskan

Pada Mei 2016 lepas, Khairy Jamaluddin telah melancarkan sebuah program pembelajaran baru yang dinamakan sebagai Jom Belajar Koding, dan menyasarkan anak muda untuk menceburi bidang pengaturcaraan. Kini, selang setahun, keseluruhan jelajah untuk siri pertama Jom Belajar Koding berkenaan selesai sepenuhnya.

Pada acara penutup, Program Jom Belajar Koding ini memperlihatkan sejumlah peserta dalam siri jelajah berkenaan menyertai sebuah hackathon selama lebih 24 jam dan hadir dengan beberapa idea berbentuk inovasi dalam terus menambah baik gaya hidup dibawah tema “Transformasi Nasional 2050”.

Khairy Jamaluddin

Dengan penerimaan dan permintaan tinggi untuk mempelajari asas pengaturcaraan sejak kebelakangan ini, Khairy Jamaluddin turut mengatakan pada akhir acara ini yang mana Program Jom Belajar Koding ini akan diteruskan untuk siri kedua selepas ini.

Buat masa ini, tarikh untuknya, dan negeri-negeri manakah yang akan terlibat dibawah siri JBK 2 ini – masih belum diumumkan.

Sebelum ini, pada siri pertama, JBK menyentuh mengenai pembelajaran asas HTML, CSS dan juga PHP, serta menyasarkan mereka yang berumur sekitar 18 tahun ke 30 tahun. Siri awal ini juga berlangsung di lima negeri, iaitu Johor, Terengganu, Perak, Melaka dan juga Kuala Lumpur. Dengan kejayaan siri pertama ini, tidak mustahil kita melihat program ini diteruskan di lebih banyak negeri pada siri kedua kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Khairy : Program Jom Belajar Koding Akan Diteruskan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info