Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jualan GTA V Kini Mencecah 80 Juta Unit

Kebiasaannya jualan permainan video memuncak di dalam bulan-bulan pertama ia dilancarkan sebelum mula berkurangan. Tetapi GTA V bukanlah permainan video biasa dan jualannya masih lagi menunjukkan peningkatan walaupun sudah terjual sejak 2013.

Pihak Take Two Interactive mengumumkan jualan GTA V kini sudah mencecah 80 Juta unit. Ini adalah peningkatan dari 75 Juta yang dicatatkan pada bulan Februari. Jualan terus meningkat kerana kepopularan GTA Online yang kerap memberikan kandungan baru secara percuma. Kerana keuntungan yang berterusan ini, pihak Take Two tidak perlu memaksa Rockstar Games untuk mengeluarkan Red Dead Redemption 2 dengan tergesa-gesa sehingga ia dibenarkan ditangguh ke tahun hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jualan GTA V Kini Mencecah 80 Juta Unit"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info