Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Instagram Meniru Snapchat Lagi – Kini Dengan Fungsi “Topeng Maya” Pada Wajah

Instagram sedia menjadi salah satu pesaing terbesar untuk Snapchat. Kini, perkhidmatan perkongsian gambar yang dimiliki oleh Facebook ini turut menambah satu lagi ciri utama pada Snapchat, iaitu kebolehan menambah “topeng maya” pada wajah, seperti menambah telinga haiwan, mahkota dan sebagainya.

Ciri ini diperkenalkan pada fungsi Stories yang terdapat pada Instagram. Perkhidmatan ini sendiri dilihat lebih kurang seperti pada Snapchat, yang mana membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video yang hilang selepas tempoh 24 jam. Lebih daripada 200 juta pengguna kini menggunakan Instagram Stories setiap hari, jikalau dibandingkan dengan Snapchat yang mempunyai angka pengguna berjumlah 166 juta.

Instagram Face Filter

Mark Zuckerberg sendiri sebelum ini telah mengatakan yang mana fungsi kamera tambahan seperti “topeng maya” ini akan menjadi salah satu strategi utama mereka, apatah lagi menjadi titik tolak untuk Facebook ke arah arena augmented reality.

Bagi anda yang menggunakan Instagram, anda boleh mengemaskini aplikasi Android dan iOS anda hari ini, sekaligus menikmati ciri baru ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Instagram Meniru Snapchat Lagi – Kini Dengan Fungsi “Topeng Maya” Pada Wajah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info