Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Bakal Mengumumkan Ciri Mencetak Gambar Melalui Google Photos Pada I/O

Google pada minggu ini akan mengadakan acara tahunan memfokuskan pembangun mereka tersendiri, iaitu Google I/O. Kebiasaannya, Google akan mengumumkan sejumlah ciri-ciri baru pada acara berkenaan, dan kini beberapa hari sebelumnya, info mengenainya mula hadir tertiris.

Google dijangka akan memperkenalkan Google Assistant untuk pengguna iPhone pada acara berkenaan, dan selain daripada itu, Google juga dijangka mengumumkan kebolehan mencetak gambar melalui Google Photos.

Pengguna boleh mendapatkan gambar fizikal bercetak terus daripada aplikasi Google Photos, dan ia akan dihantar ke rumah seseorang. Google dijangka akan menawarkan beberapa pilihan kepada pengguna, termasuk memilih bahan yang digunakan untuk mencetak gambar dan buku gambar berkenaan. Ia dijangka berharga sekitar $10 untuk satu buku, menurut sumber-sumber terdekat.

Ia tidak diketahui lagi sama ada ciri ini akan ditawarkan pada peringkat global, atau sekadar untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja.

Kita mungkin akan mendengar lebih lanjut mengenai penawaran baru Google ini pada acara Google I/O yang akan berlangsung minggu ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Bakal Mengumumkan Ciri Mencetak Gambar Melalui Google Photos Pada I/O"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info