Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Harman-Kardon Memperlihatkan Invoke, Sebuah Speaker Dikuasakan Cortana

Arena speaker pintar yang boleh dikawal berasaskan input suara semakin popular sejak ia dipopularkan oleh Amazon Echo. Sebelum ini, Google telah memperkenalkan Google Home, selain Apple yang turut dikatakan mungkin memperlihatkan jawapan mereka pada bulan Jun kelak.

Terkini, Harman Kardon selepas mengumumkan ia akan hadir dengan penawaran yang lebih kurang sama pada bulan Disember lepas, kini mereka telah memperlihatkan produk mereka yang dinamakan sebagai Invoke.

Invoke

Invoke ini dikuasakan oleh Cortana, dan seperti biasa, pengguna boleh memberikan arahan suara seperti membuat panggilan Skype, mengawal muzik, dan sebagainya. Secara kasar, ia mungkin berfungsi sama seperti Amazon Echo – apatah lagi Invoke sendiri memperlihatkan rekaan sedikit serupa dengan Echo.

Harman-Kardon mengatakan mereka akan menawarkan ia tidak lama lagi. Memandangkan Microsoft mempunyai acara Build 2017 pada minggu ini, kita mungkin mendengar lebih lanjut mengenainya ketika itu.

Invoke



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Harman-Kardon Memperlihatkan Invoke, Sebuah Speaker Dikuasakan Cortana"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info