Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Menarik Dari Google Untuk Warga Emas

Dalam mengejar kemajuan teknologi, kadangkala kita mungkin melupakan warga emas untuk turut mengajarkan mereka manfaat teknologi seharian. Bagi mereka mungkin kemajuan teknologi hanya dari segi panggilan, akan tetapi bagaimana dengan perkara lain. Baru-baru ini Google Malaysia telah mengadakan bengkel ringkas dalam mengajarkan teknologi terkini untuk warga emas di Kuala Lumpur.

Menerusi perkongsian tersebut, pelbagai aplikasi harian Google telah diajarkan seperti Maps, Calendar, YouTube, dan terdapat beberapa aplikasi yang menerima perhatian ramai. Salah satunya adalah Google PhotoScan yang dilancarkan mereka pada akhir tahun lalu.

Aplikasi ini boleh merakamkan gambar-gambar lama dengan sempurna, tanpa kesan berkilat yang biasanya terhasil apabila merakamkan gambar dari telefon pintar. Aplikasi ini digemari peserta kerana ia memudahkan mereka merakamkan gambar-gambar kenangan lama disamping berkongsi dengan ahli keluarga yang lain.

Baca: Google PhotoScan

Satu lagi aplikasi yang mendapat tumpuan ramai warga emas adalah Google Expeditions iaitu pengalaman untuk melihat lokasi-lokasi menarik secara realiti-maya. Setiap peserta telahpun dibekalkan dengan Google Cardboard, dan rata-ratanya mengatakan ia sangat mengujakan untuk melihat tempat menarik di seluruh dunia dan juga menaiki sukan ekstrim seperti Rollercoaster. Untuk acara ini, mereka telah melihat lokasi yang digelar ‘Tujuh Benda Ajaib Di Dunia’.

Dengan evolusi teknologi dan juga peranti, wajar untuk kita turut memberikan pendedahan kepada warga emas akan manfaat yang dibawakan olehnya dalam kehidupan seharian.

Ketahui: Google Expeditions



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Menarik Dari Google Untuk Warga Emas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info