Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi BFM Kini Turut Hadir Dengan Sokongan Apple CarPlay

BFM, salah satu radio tempatan yang sering membincangkan hal-hal berkaitan perniagaan dan ekonomi, hari ini menjadi syarikat Malaysia yang terawal memperkenalkan sokongan Apple CarPlay melalui aplikasi iOS mereka.

BFMradio

Aplikasi BFM untuk iOS bukan sesuatu yang baru. Mereka sedia menawarkan kemudahan untuk mengikuti pelbagai podcast perbincangan ilmiah melaluinya, dan kini dengan integrasi Apple CarPlay, ia akan memudahkan lagi proses pengguna mengikuti kandungan BFM ketika sedang memandu.

Walaubagaimanapun, untuk menikmati ciri ini sepenuhnya, pengguna perlu mempunyai model kereta yang menyokong Apple CarPlay ini.

Bersama-sama pengumuman sokongan Apple CarPlay ini, BFM turut mengumumkan yang mana kini pengguna rangkaian U Mobile dan Digi boleh menggunakan aplikasi mereka secara percuma dengan data percuma daripada kedua-dua syarikat telekomunikasi ini. Sokongan serupa untuk Maxis juga dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Muat-Turun : BFM untuk iOS



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi BFM Kini Turut Hadir Dengan Sokongan Apple CarPlay"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info