Model terbaru iPhone biasanya diperlihatkan pada awal September dan mula dijual pada pertengahan bulan. Tahun ini mungkin akan berlaku sedikit kelewatan kerana masalah teknikal yang ditempuhi dalam proses pengilangan.
Ura-ura mula kedengaran bahawa “iPhone 8” mungkin akan hanya mula dipasarkan pada bukan November. Faktor yang diberikan ialah kesukaran menggunakan panel OLED. Sebelum ini iPhone menggunakan skrin LCD. Pihak Apple masih belum mempunyai kepakaran menggunakan skrin terbaru ini. Pada waktu yang sama sistem imbasan wajah yang diura-urakan bakal digunakan juga dikatakan masih belum berfungsi dengan memuaskan mengikut piawaian Apple.
Sekiranya ura-ura ini benar, dua nama besar dua peranti Samsung dan Apple mengalami kelewatan dalam melancarkan peranti utama mereka tahun ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura-Ura) Apple iPhone 8 Mengalami Kelewatan Dan Hanya Dijual Pada Bulan November"