Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pemilik Saluran YouTube Kini Memerlukan 10,000 Tontonan Sebelum Dapat Jana Duit

YouTube merupakan bukan sahaja platform perkongsian video, tetapi juga digunakan ramai penerbit kandungan untuk menjana wang melaluinya. Pihak YouTube sendiri telah memperkenalkan sokongan menjana wang melalui YouTube Partner Program sejak 2007 yang lepas, dan kini selepas sekitar sedekad, YouTube membawa beberapa perubahan.

Selepas ini, YouTube mengatakan sebarang saluran yang ingin menyertai YouTube Partner Program, akan memerlukan sekurang-kurangnya sejumlah 10,000 tontonan pada saluran mereka (gabungan semua video pada saluran YouTube pengguna).

YouTube mengatakan langkah ini akan membolehkan mereka mengumpulkan lebih banyak data dan informasi mengenai sesuatu saluran, serta memastikan ia mengikut pelbagai peraturan yang telah ditetapkan. Sekiranya semuanya baik, YouTube akan mengaktifkan sokongan YouTube Partner Program untuk saluran berkenaan, dan membolehkan penerbit kandungan menjana wang melaluinya.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pemilik Saluran YouTube Kini Memerlukan 10,000 Tontonan Sebelum Dapat Jana Duit"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info