Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Penyunting Video Sosial Daripada Apple, Clips Kini Sedia Dimuat-Turun

Pada bulan lepas, Apple telah memperkenalkan aplikasi untuk generasi YouTube, Instagram, dan Snapchat masa kini, iaitu dinamakan sebagai Clips. Menggunakan aplikasi berkenaan, Apple menawarkan kemudahan untuk menyunting klip video terus pada peranti mudah-alih, termasuk dari segi mengabungkan video, gambar, muzik, menambah teks, dan sebagainya sebelum dikongsikan ke laman sosial.

Apple Clips

Kini, akhirnya Apple telah pun menerbitkan aplikasi berkenaan di App Store, membolehkan para pengguna seluruh dunia memuat-turun dan menggunakan ia untuk penyuntingan video. Seperti biasa, aplikasi ini hanya terhad untuk pengguna iPhone sahaja – memberikan lebih sebab kepada generasi Snapchat untuk mendapatkan telefon pintar keluaran syarikat gergasi Amerika Syarikat berkenaan.

Bagi anda yang menggunakan telefon pintar iPhone, anda boleh memuat-turun Clips hari ini, dan menggunakan ia dalam penyuntingan video anda, sebelum dikongsikan ke perkhidmatan seperti Snapchat, YouTube, Instagram, WhatsApp atau Facebook.

Muat-Turun Clips untuk iPhone



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Penyunting Video Sosial Daripada Apple, Clips Kini Sedia Dimuat-Turun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info