Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemaskini Terbaru Pebble Membolehkan Jam Pintar Tersebut Berfungsi Tanpa Server Awanan

Apabila Pebble dibeli oleh Fitbit, syarikat tersebut mengumumkan bahawa servis awanan dan kemaskini perisian Pebble akan kekal diteruskan sepanjang tahun 2017.

Pebble baru sahaja mengeluarkan kemasan terbaru untuk jam pintar mereka untuk iOS dan Android, dan menurut syarikat tersebut, kemasan ini membolehkan jam-jam Pebble untuk beroperasi tanpa perlu bergantung kepada server awanan.

Ciri ini hadir dengan tetapan baru bernama Offline Mode, dimana aplikasi Pebble tidak akan cuba untuk berhubung ke server Pebble. Dengan ciri ini, pengguna tidak perlu log masuk ke dalam akaun mereka, dan ini juga membolehkan aplikasi-aplikasi dipasang tanpa perlu masuk ke dalam stor aplikasi Pebble.

Menurut Pebble, operasi Offline Mode ini akan bermaksud bahawa fungsi-fungsi seperti pengiraan langkah dan jumlah waktu tidur tidak akan dimuat-naik ke storan awanan Pebble Health, tetapi peranti tersebut masih akan mengiranya, dan ia masih boleh dimuat-naikkan ke servis awanan lain seperti Google Fit dan juga Apple Health.

Kemasan aplikasi mudah-alih Pebble kini berada di versi 4.4, dan kini berada di iTunes App Store untuk peranti iPhone, manakala versi Android pula akan hadir tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemaskini Terbaru Pebble Membolehkan Jam Pintar Tersebut Berfungsi Tanpa Server Awanan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info