Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Algoritma Baru Adobe Memudahkan Proses Memisahkan Objek Hadapan Dari Imej Latar Belakang

Semasa di kolej dahulu, antara kerja rumah yang diberikan oleh pensyarah di dalam kelas Photoshop ialah memisahkan objek hadapan dari imej latar belakang. Kepakaran menggunakan pen tool serta feathering diuji dan markah diberikan berdasarkan ketepatan. Kini proses melakukan kerja yang sama semakin baik tetapi masih belum sempurna.

Proses ini mungkin suatu hari nanti menjadi semudah menekan satu butang sahaja dengan penggunaan algoritma baru yang dibangunkan oleh Adobe dan Beckman Institute for Advanced Science and Technology. Menerusi algoritma ini bahagian rambut dan sarang lelebah dapat dipisahkan dari latar belakang dengan pantas. Proses Deep Image Matting ini mungkin akan digunakan pada program Photoshop dan After Effect di masa hadapan. Kepada pelajar yang benci proses menghasilkan matte image, algoritma ini akan memudahkan kehidupan anda tetapi menumpulkan kepakaran anda mengguna pen tool. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui proses mendalam bagaimana algoritma ini berfungsi, sila ke pautan di bawah.

Pautan untuk kertas kerja untuk Deep Image Matting



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Algoritma Baru Adobe Memudahkan Proses Memisahkan Objek Hadapan Dari Imej Latar Belakang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info