Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemaskini Nougat Untuk Samsung Galaxy A (2016) Dijangka Tiba Pada Bulan Mei

Peratusan penggunaan Android Nougat masih belum mencapai dua angka sehingga awal bulan Mac yang lalu. Angka ini dijangka bertambah dengan beberapa lagi peranti menerima kemas kini pada pertengahan bulan. Bagi pemilik peranti Samsung Galaxy A (2016), penantian untuk kemas kini untuk peranti mereka dijangka berakhir pada bulan Mei hadapan.

Laman Samsung Turki mengemaskini tarikh penerimaan Nougat untuk peranti-peranti di atas. Galaxy A3 2016 akan menerima Nougat pada minggu pertama Mei 2017 manakala A5 dan A7 pada minggu ke-tiga. Bagi Galaxy A (2017), kemaskini masih dijadualkan pada bulan Julai akan datang. Setakat ini Galaxy S7, S7 Edge, S6, S6 Edge, S6 Edge+ dan Note 5 telahpun dikemaskini ke Nougat di beberapa pasaran tertentu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemaskini Nougat Untuk Samsung Galaxy A (2016) Dijangka Tiba Pada Bulan Mei"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info