Hartawan internet terkemuka, Jeff Bezos mengatakan beliau menjual sekitar $1 bilion saham di Amazon untuk menjana Blue Origin, iaitu salah satu syarikat dibawah beliau yang ingin menghantar manusia ke angkasa. “Model perniagaan saya untuk Blue Origin adalah menjual saham Amazon bernilai satu bilion untuk menjana Blue Origin,” kata Bezos ketika acara Space Symposium yang diadakan pada minggu ini.
Bezos, manusia kedua terkaya didunia dibelakang Bill Gates, sebelum ini pernah mengatakan yang mana beliau melaburkan kembali duit yang di dapati daripada Amazon untuk membangunkan syarikat eksplorasi angkasa Blue Origin.
“Fokus saya adalah manusia di angkasa,” kata Bezos. “Saya inginkan manusia di angkasa”.
Dalam usaha mengurangkan kos penerbangan ke angkasa, Blue Origin ingin menggunakan kembali roket yang dilancarkan – lebih kurang seperti industri penerbangan pada hari ini. Mereka sedia mencuba menggunakan roket yang sama beberapa kali, dan secara tidak langsung mengurangkan kos pembangunan roket secara drastik berbanding sebelum-sebelum ini yang mana hanya boleh digunakan hanya sekali sahaja.
Walaubagaimanapun, dalam usaha mempopularkan pelancongan angkasa, Blue Origin ingin membawakan rekaan kapsul yang berbeza berbanding kapal angkasa lain. Ini termasuk menggunakan tingkap yang bersaiz besar – dimana secara tidak langsung menambah berat kapal angkasa berkenaan. Beberapa perkara perlu dilihat dalam penggunaannya, termasuk melihat kepada ketebalan kaca serta kebolehan mengekalkan tekanan udara dalam kapsul ketika penerbangan.
Penggunaan kaca bersaiz besar sendiri akan memberikan kelebihan pemasaran kepada Blue Origin. Seperti biasa, mereka yang ingin melancong ke angkasa semestinya ingin merakamkan beberapa gambar dan berkongsi ia bersama yang lain.
Seperti pelbagai industri lain, Blue Origin turut mempunyai pesaing. Syarikat milik Elon Musk, iaitu SpaceX merancang untuk menghantar dua pelancong mengelilingi bulan pada penghujung tahun hadapan. Richard Branson yang memiliki Virgin Galactic juga sedang melihat kepada idea sama untuk menghantar manusia ke angkasa.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jeff Bezos Menjual Saham Amazon Bernilai $1 Bilion Setiap Tahun Untuk Projek Angkasa"