Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Bixby Tidak Akan Menyokong Fungsi Kawalan Suara Apabila Dilancarkan Bersama Galaxy S8

Bixby ialah jawapan Samsung kepada Siri, Alexa dan Google Assistant. Pembantu maya kecerdasan buatan ini mempunyai kemampuan yang sama seperti tiga pembantu maya yang kami senaraikan tadi. Ia adalah fungsi baru yang menjadi tumpuan pengguna yang mahu memiliki Samsung Galaxy S8.

Bixby

Walaubagaimanapun kini timbul laporan bahawa Bixby tidak akan menyokong komponen kawalan suara apabila ia dilancarkan bersama Galaxy S8 pada 21 April ini di Amerika Syarikat. Sebaliknya ia hanya akan tiba pada penghujung musim bunga kelak tanpa tarikh muktamad. Hanya fungsi Vision (yang mengenali objek dari gambar diambil), Home (paparan kad seperti Google Now) dan Reminder akan disokong Bixby pada hari pertama.

Tidak diketahui sama ada ketiadaan sokongan suara ini hanya melibatkan Bixby untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja. Buat masa ini Bixby juga hanya menyokong Bahasa Inggeris dan Korea. Sokongan ke bahasa lain seperti Jerman akan hadir pada suku ke-tiga 2017 lelak. Di Malaysia Samsung Galaxy S8 akan mula dijual 5 Mei hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bixby Tidak Akan Menyokong Fungsi Kawalan Suara Apabila Dilancarkan Bersama Galaxy S8"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info