Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perkhidmatan Valet Doa Diarah Menghentikan Operasi Dan Akaun Facebook Kini Dipantau SKMM

Lebih kurang dua minggu yang lalu perkhidmatan Valet Doa menjadi tular sehingga menjadi bahan perbualan hangat di media sosial. Perkhidmatan ini menawarkan bacaan doa di tanah suci kepada pelanggan dengan bayaran mencecah ribuan ringgit. Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Mufti Selangor hari ini mengarahkan supaya operasi Valet Doa dihentikan.

Ini besar kemungkinan kerana ia dianggap sebagai aktiviti bercanggah dengan Islam serta mendapat reaksi yang amat negatif dari penganut Islam di Malaysia. Pada waktu yang sama Datuk Seri Jamil Khir Baharom dipetik berkata  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kini memantau akaun Facebook milik pengasas Valet Doa dengan bantuan SKMM.

Tindakan tegas yang diambil oleh pihak berwajib amat pantas. Kini terdapat terlalu banyak insan yang dilihat mempergunakan agama untuk keuntungan duniawi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perkhidmatan Valet Doa Diarah Menghentikan Operasi Dan Akaun Facebook Kini Dipantau SKMM"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info