Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perkhidmatan Dego Ride Diharamkan Atas Sebab Keselamatan

Perkhidmatan teksi menggunakan motor Dego Ride diarahkan menghentikan operasinya pada bulan Februari yang lalu. Ia hanya mampu beroperasi selama beberapa bulan sebelum mendapat perhatian pihak berkuasa kerana melanggar Akta Pengangkutan Jalan.

PDRM - Kenderaan ElektrikTerkini Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Sri Abdul Aziz Kaprawi menjelaskan kepada Parlimen bahawa faktor keselamatan juga menjadi sebab mengapa Dego Ride diharamkan. Menurut beliau tahun lalu 62%  korban jalan raya terdiri daripada penunggang motosikal. Risiko terlibat dengan kemalangan adalah 42.5 kali lebih tinggi berbanding menaiki bas dan 16 kali ganda lebih tinggi berbanding kereta.

Faktor keselamatan pengguna perkhidmatan Dego Ride yang rendah ini membuatkan kerajaan mengharamkannya dari terus beroperasi. Tidak seperti kemelut Uber dan Grab, pihak Dego Ride tidak begitu vokal untuk mempertahankan perkhidmatan yang ditawarkan mereka. Apa pula pendapat anda semua? Adakah tindakan kerajaan ini wajar bagi memastikan keselamatan penumpang?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perkhidmatan Dego Ride Diharamkan Atas Sebab Keselamatan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info