Pada tahun lepas, Google dan Levi’s telah memperlihatkan Project Jacquard, iaitu sebuah jaket pintar berhubung yang membolehkan pengguna mengawal sejumlah perkara dengan mudah. Lanjutan daripadanya, kini ia diketahui akan dijual tidak lama lagi, dan membawakan tanda harga $350 (~RM1550).
Google dan Levi’s sebelum ini telah memperkenalkan Project Jacquard ini pada bulan Mei 2016 lepas ketika acara Google I/O. Menggunakannya, pengguna boleh membuat beberapa gesture dan menerima maklumbalas terus melalui jaket yang sedang dipakai oleh mereka – ini termasuk mengetahui navigasi, malah termasuk menjawab panggilan.
Pengguna boleh membuat tetapan seperti apakah gesture yang perlu dilakukan untuk mengaktifkan atau berinteraksi dengan sesuatu aplikasi.
Jaket ini ditujukan kepada mereka yang aktif bergerak, terutamanya penunggang basikal dan motosikal. Seperti jaket lain, ia boleh dibasuh – tetapi pengguna perlu mengeluarkan peranti Bluetooth dan sebagainya terlebih dahulu.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Dan Levi’s Akan Menawarkan Jaket Pintar Pada Harga Mencapai RM1.5K"