Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Adidas Ingin Membangunkan Platform Terbuka Untuk Kecergasan

Adidas merupakan jenama yang tidak asing lagi untuk peralatan sukan – termasuk pakaian dan sebagainya. Mereka juga sebelum ini telah mengambil-alih Runtastic – salah satu aplikasi yang aktif digunakan oleh pelari seluruh dunia untuk mengumpulkan dan membandingkan data.

Terkini, berkongsi pada acara SXSW 2017, pihak Adidas melalui temuramah bersama Engadget, dipetik mengatakan ingin membangunkan sebuah platform terbuka untuk kecergasan. Melaluinya, mereka boleh berkongsi kandungan an kepakaran mereka dalam arena kecergasan bersama-sama pengeluar peranti pihak ketiga.

Ini sekaligus akan memudahkan teknologi dan kepakaran Adidas diintegrasikan pada pelbagai peranti kecergasan lain, dan memudahkan pengguna memilih sebarang peranti berdasarkan keperluan mereka.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Adidas dan rakan kerjasama mereka akan mengumumkan sesuatu peranti atau aplikasi menggunakan platform terbuka Adidas ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Adidas Ingin Membangunkan Platform Terbuka Untuk Kecergasan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info