GlassWire merupakan salah satu perisian popular pada Windows, membolehkan pengguna untuk memantau pelbagai perkhidmatan yang mengakses dan menghantar data melalui rangkaian internet. Terkini, perkhidmatan yang memfokuskan privasi berkenaan turut ditawarkan untuk pengguna Android.
GlassWire untuk Android membolehkan pengguna memantau pelbagai aplikasi lain yang menggunakan rangkaian internet – dan mengenal-pasti aplikasi yang memperlahankan penggunaan internet pada peranti dan sebagainya.
GlassWire boleh memantau aplikasi mengikut penggunaan melalui data selular ataupun menggunakan rangkaian WiFi. Seperti biasa, anda boleh melihat data melalui bentuk graf dan sebagainya, serta mengetahui akses luar-biasa atau mencurigakan daripada pelbagai aplikasi lain.
Bagi anda yang meminati privasi dan ingin memantau pelbagai data yang dihantar daripada telefon pintar anda, mungkin aplikasi GlassWire ini sangat berguna untuk anda.
Muat-Turun GlassWire untuk Android
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "GlassWire Kini Ditawarkan Untuk Android – Pantau Penggunaan Dan Akses Aplikasi"