Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sebelum Apple Store, Apple Pernah Mempertimbangkan Idea Untuk Apple Cafe

Sebagai sebuah syarikat, pelbagai idea akan dipertimbangkan dan akan melalui pelbagai proses sebelum dilaksanakan. Untuk Apple sendiri, mereka sebelum ini pernah mempertimbangkan sejumlah perkara menarik tetapi tidak melaksanakannya kerana beberapa sebab.

Kini, salah satu perkara yang diketahui adalah dimana Apple sebelum ini pernah pertimbangkan idea untuk hadir dengan kafe tersendiri yang mengabungkan kedai kopi dengan kedai jualan barangan komputer – dinamakan Apple Cafe. Ia dikatakan setiap meja dilengkapkan dengan komputer – dan turut beroperasi seumpama sebuah kedai kafe siber.

Apple Cafe

Perkara berkenaan ini dikongsikan oleh pereka konsep awalnya, iaitu Tony Christopher daripada Landmark Entertainment Group – yang lebih memfokuskan kepada rekaan taman tema dan sebagainya.

Idea ini adalah sekitar 20 tahun lepas, dan ketika itu boleh dikatakan idea kafe siber adalah masih baru, dan ramai yang tidak mempunyai komputer. Sekiranya ia dilaksanakan, tidak mustahil untuk melihat pengguna menggunakan komputer keluaran Apple pada kafe siber, menjadi selesa dengannya dan akhirnya membeli produk Apple untuk kegunaan harian kerana telah belajar untuk menggunakan komputer melaluinya.

Apple Cafe

Ia dikatakan Steve Jobs menyukai idea berkenaan, tetapi ia ditangguhkan. Kemudian, selang beberapa tahun, Apple hadir dengan Apple Store yang kita kenali hari ini – yang mana turut menjadi rujukan beberapa penjual lain dalam merekabentuk kedai jualan mereka. Apple juga kini bukanlah syarikat yang memfokuskan komputer semata – malah hampir 2/3 pendapatan mereka hadir daripada penjualan iPhone.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sebelum Apple Store, Apple Pernah Mempertimbangkan Idea Untuk Apple Cafe"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info