Pada hari ini, salah satu ciri yang menjadi fokus ramai ketika membeli telefon pintar adalah sokongan kameranya. Salah satu laman yang memfokuskan untuk menguji dan memberi markah untuk tujuan tersebut adalah DXOMark.
Terkini, DXOMark berkongsi markah mereka untuk telefon pintar Huawei P10, dimana mereka memberikan skor 87 untuknya.
Seperti ramai sedia maklum, Huawei P10 menggunakan dwi-kamera berteknologi Leica di belakang, iaitu gabungan 12-megapixel RGB dan juga 20-megapixel monokrom. Ia masih menggunakan lensa Summarit f/2.2 padanya.
Menerusi ujian pihak DXOMark, Huawei P10 dikatakan menawarkan rakaman gambar yang baik, dan skor untuk rakaman video sedikit rendah sahaja daripada rakaman gambar.
DXOMark mengatakan Huawei P10 menawarkan kadar exposure yang baik walaupun pada keadaan cahaya malap. Namun, untuk kekurangan, Huawei P10 dikatakan mempunyai sedikit luminance noise, selain sedikit kejelasan yang hilang ketika rakaman bahagian gelap pada cahaya luar.
Bagi anda yang ingin mendapatkan Huawei P10 khusus untuk fungsi fotografinya, anda boleh menyemak laman DXOMark, dan membaca lanjut kajian yang dilakukan mereka. Buat masa ini, pada DXOMark, Google Pixel masih menduduki tangga teratas dengan skor sebanyak 89, sementara iPhone menawarkan skor sebanyak 86.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "DXOMark : Huawei P10 Menerima Skor 87 Untuk Kamera – Lebih Tinggi Daripada iPhone 7"