Google Fonts merupakan koleksi muka-taip yang disediakan oleh Google secara percuma, dan gergasi internet berkenaan turut memdahkan pengguna untuk mengintegrasikan ia pada pembangunan web. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda ingin mengintegrasikan ia dan menggunakan dalam rekabentuk ketika menggunakan Photoshop?
Untuk memudahkan perkara ini, salah satu pemalam Adobe Photoshop yang berguna adalah Fontea.
Fontea membolehkan anda mengakses lebih 800 muka-taip daripada Google Fonts terus pada Photoshop, dan menggunakan ia. Seperti biasa, anda boleh melihat jenis muka-taip ini mengikut kategori ataupun mengikut namanya.
Pemalam Fontea ini ditawarkan secara percuma untuk Adobe Photoshop pada Windows dan Mac.
Muat-Turun Fontea untuk Adobe Photoshop
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Bagaimana Menggunakan Muka Taip Daripada Google Fonts Pada Photoshop?"