Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Calyos NSG S0 – Kerangka PC Desktop Dengan Teknologi Penyejukan Berfasa Tanpa Kipas

Sistem penyejukan berfasa untuk industri komputer bukanlah suatu konsep yang baru, akan tetapi ia biasanya digunakan untuk menyejukkan server-server di pusat data untuk mengurangkan kos penyejukan server, disamping mengurangkan pencemaran bunyi di pusat-pusat data tersebut.

Calyos, sebuah syarikat pembuat kerangka PC khas baru sahaja melancarkan projek Kickstarter untuk membiaya kerangka PC terbaru mereka yang menggunakan konsep penyejukan berfasa tanpa kipas mereka – Calyos NSG S0.

Konsep kerangka NSG S0 ini dihasilkan pada pertengahan tahun 2016, dan ditunjukkan buat pertama kalinya di Consumer Electronics Show tahun ini, dan ia telah merangkul dua anugerah dalam kategori Gaming dan Hardware. Keseluruhan kerangka PC ini menggunakan aluminum, dan rekabentuk luarannya menggunakan sesirip aluminum ini untuk membantu menyejukkan CPU dan juga kad grafik. Kedua-dua komponen ini mempunyai radiatornya yang tersendiri, dan membolehkan kerangka ini menyejukkan komputer anda dengan berkesan.

Kickstarter untuk projek kerangka Calyos NSG S0 ini baru sahaja dibuka untuk beberapa hari, tetapi ia telah mencapai matlamat pembiayaan €150000 yang disasarkan. Harga jualan ialah €749, dan walaupun harga diskaunnya masih boleh didapati, sayangnya kerangka ini hanya boleh dihantar ke negara-negara Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, Taiwan dan juga Jepun.

Buat masa ini, Calyos masih tiada pelan untuk menjual kerangka ini ke negara-negara lain di seluruh dunia.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Calyos NSG S0 – Kerangka PC Desktop Dengan Teknologi Penyejukan Berfasa Tanpa Kipas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info