Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Asus Akan Mengintegrasikan Adblock Plus Pada Pelayar Web Peranti Mudah-Alih Mereka

Bermula awal 2016 ini, pelayar web Asus Browser yang hadir terbina pada pelbagai peranti keluaran Asus akan turut sama mengintegrasikan sokongan Adblock Plus – sekaligus membolehkan paparan iklan tidak diperlihatkan ketika melayari web menggunakan pelayar web berkenaan.

Asus Zenfone 2

Asus dan Adblock Plus dilihat bekerjasama untuk tujuan ini. Selain menghalang paparan iklan, beberapa ciri-ciri lain yang turut disertakan adalah kebolehan mengawal privasi pengguna, disamping pada masa yang sama mengelak paparan iklan berbentuk malware yang sukar dikenal-pasti pada peranti mudah-alih.

Buat masa ini, pelayar web Asus Browser ini hanya digunakan sekitar 15 juta pengguna sahaja – apatah lagi, lebih ramai selesa menggunakan pelayar web Chrome pada peranti mudah-alih mereka.

Walaupun langkah ini akan disukai oleh para pengguna – tetapi bagi penerbit atas-talian, ini mungkin tidak begitu digemari mereka, apatah lagi memandangkan ia memberikan kesan terhadap pendapatan mereka melalui web.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Asus Akan Mengintegrasikan Adblock Plus Pada Pelayar Web Peranti Mudah-Alih Mereka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info