Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Akan Mula Menghasilkan iPhone Di India Dalam Masa Dua Bulan

Apple mempunyai perancangan untuk membuka kilang bagi menghasilkan peranti iPhone di India. Mereka telahpun mengesahkan pembinaan kilang di Mumbai bernilai 10 Billion pada Mac tahun lalu. Wall Street Journal melaporkan Apple akan memulakan pengilangan peranti di kilang milik Wistrom dalam masa dua bulan.

Pada awalnya hanya iPhone 6 dan 6S akan dihasilkan di kilang ini sebelum memulakan produksi untuk iPhone SE. Dengan melakukan pengilangan di India, Apple tidak perlu membayar cukai import yang tinggi ke atas peranti sedia ada. Apple mampu mengurangkan kos penjualan iPhone di India sehingga $100 dengan langkah terbaru ini.

India ialah pasaran peranti pintar ketiga terbesar di dunia selepas China dan Amerika Syarikat. Meningkatkan jualan di pasaran India adalah strategi untuk meningkat jualan iPhone yang mengalami penurunan buat pertama kalinya tahun lalu.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Akan Mula Menghasilkan iPhone Di India Dalam Masa Dua Bulan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info