Sembang Maniac

Sembang-sembang je

(Ura Ura) Samsung Dijangka Berkongsi Tarikh Pelancaran Galaxy S8 Pada MWC 2017

Samsung sebelum ini telah menidakkan semua ura-ura tentang pengumuman peranti pintar utamanya, Samsung Galaxy S8 pada Mobile World Congress tahun ini. Terkini, laporan baru hadir mengatakan gergasi dari Korea Selatan ini akan berkongsi tarikh pelancaran produk yang dinantikan ramai berkenaan bersama-sama pelancaran Samsung Tab S3 di Barcelona penghujung bulan ini.

Berdasarkan laporan Hankyung, sebuah portal berita Korea, Koh Dong-Jin, ketua bahagian mobil Samsung dipetik berkata bahawa butiran seperti tarikh dan lokasi pengumuman peranti pintar tersebut akan diumumkan pada acara Mobile World Congress 2017. Perkara sebegini bukan sesuatu yang asing untuk Samsung, dimana mereka sebelum ini pernah berkongsi mengenai pelancaran Gear S2 dan sebagainya pada penghujung acara media mereka.

Langkah ini juga secara tidak langsung akan membuatkan pengguna menantikan penawaran daripada Samsung terlebih dahulu sebelum memilih peranti yang diperkenalkan pada MWC 2017 kelak.

Mengikut desas-desus awal, Samsung diperkatakan akan memperkenalkan Galaxy S8 pada 29 Mac 2017 ini, dan akan dipasarkan bermula April 2017. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengesahan rasmi daripada Samsung berkenaan dengan hal ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "(Ura Ura) Samsung Dijangka Berkongsi Tarikh Pelancaran Galaxy S8 Pada MWC 2017"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info