Sembang Maniac

Sembang-sembang je

GrabShare Dalam Persediaan Untuk Diperkenalkan Di Malaysia – Berkongsi Kenderaan Bersama Penumpang Lain

Grab merupakan salah satu perkhidmatan yang membolehkan anda membuat tempahan kenderaan untuk menuju ke sesuatu destinasi. Mereka sering diposisikan sebagai pesaing kepada Uber di Malaysia, dan menawarkan ciri-ciri lebih kurang sama. Sebelum ini, Grab telah hadir dengan GrabHitch yang memudahkan anda menempah kenderaan pada harga rendah, dan kini Grab turut telah mula mengambil pendaftaran pemandu untuk menyertai GrabShare.

Melalui GrabShare, penumpang akan berkongsi kenderaan bersama-sama dengan penumpang lain – dimana kedua-duanya menuju kepada lokasi yang berdekatan atau dalam perjalanan. GrabShare dijangka menawarkan kadar tambang lebih rendah – sementara untuk pemandu pula, mereka akan mendapat pendapatan yang lebih kurang sama atau lebih tinggi.

GrabShare

Grab Malaysia telah pun menyediakan halaman khusus untuk pemandu dapatkan info lanjut mengenai perkhidmatan ini. Grab mengatakan hanya 2 penumpang boleh diambil pada sesuatu masa, dan perjalanan dioptimasikan menggunakan algoritma khusus supaya penumpang dengan lokasi yang dituju sama dihubungkan.

Pihak Grab sendiri menjadualkan acara khusus pada pagi esok, dan dijangka akan berkongsi lanjut mengenai ciri ini secara rasminya. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai penawaran ini untuk pengguna umum pada acara berkenaan esok.

Layari : Grab Share



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "GrabShare Dalam Persediaan Untuk Diperkenalkan Di Malaysia – Berkongsi Kenderaan Bersama Penumpang Lain"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info