Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Galaxy Book Diperkenalkan – Tablet Berasaskan Windows 10, Dua Penawaran Saiz

Samsung pada tahun lepas telah memperkenalkan sebuah tablet berasaskan Windows 10 dinamakan sebagai Galaxy TabPro S. Kini, bersempena dengan MWC 2017, pihak Samsung tidak ketinggalan dan telah memperkenalkan tablet Windows 10 terbaru mereka, iaitu Galaxy Book.

Galaxy Book hadir dalam dua pilihan saiz, iaitu Galaxy Book 10 dan juga Galaxy Book 12. Masing-masing membawakan skrin bersaiz 10.6-inci dan 12-inci. Versi 10.6-inci menggunakan panel LCD sahaja, sementara versi 12-inci menggunakan panel Super AMOLED.

Samsung Galaxy Book

Satu lagi perbezaan selain penggunaan skrin adalah pada cip pemprosesan. Galaxy Book 10 menggunakan cip Intel Core m3, sementara Galaxy Book 12 pula menggunakan cip pemprosesan Core i5.

Kedua-duanya menggunakan sistem operasi Windows 10, membolehkan pengguna membuat pelbagai tugasan melaluinya. Samsung sendiri menyertakan beberapa aplikasi khusus seperti Samsung Notes, Air Command dan Samsung Flow bagi membolehkan stylus digunakan bersama Galaxy Book ini.

Seperti biasa, pengguna juga boleh menggunakan ia bersama papan kekunci, sekaligus mengubah ia kepada sebuah komputer riba. Dari segi kapasiti storan, ia turut mempunyai 128GB yang boleh ditambah sehingga 256GB dan boleh beroperasi sehingga 10.5 jam lamanya.

Buat masa ini, Samsung masih tidak berkongsi akan maklumat mengenai bilakah Galaxy Book ini akan dipasarkan, dan berapakah harga jualannya kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Galaxy Book Diperkenalkan – Tablet Berasaskan Windows 10, Dua Penawaran Saiz"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info