Middle-Earth : Shadow or Mordor ialah permainan yang muncul secara tiba-tiba dan mengejutkan dunia permainan komputer. Sistem Nemesis yang diperkenalkan membolehkan setiap musuh yang ditemui meningkatkan tahap kekuatan setiap kali mereka berjaya membunuh watak yang dikawal pemain.
Kini sambungan kepada permainan ini diumumkan dengan trailer terbaru. Sambungan ini akan dikenali sebagai Middle-Earth : Shadow or War dan dibangunkan oleh studio yang sama yang menghasilkan Shadow of Mordor. Ia bakal menemui peminat pada 22 Ogos hadapan. Kami menantikan kemunculannya kerana sistem Nemesis tidak ditiru oleh pembangunan kian dan menjadikannya unik kepada siri Middle-Earth.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Permainan Middle-Earth : Shadow of War Diumumkan"