Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Perkhidmatan Instapaper Kini Telah Pulih Sepenuhnya – Lebih Awal Daripada Dijangka

Instapaper telah mengalami gangguan perkhidmatan pada minggu lepas – dimana perkhidmatan berkenaan tidak boleh diakses untuk tempoh lebih sehari, dan kemudian apabila ia pulih kembali, hanya sebahagian daripada arkib yang ditawarkan kepada pengguna.

Ketika itu, pihak Instapaper sedia mengatakan yang mana ia akan mengambil masa sehingga seminggu untuk pemulihan sepenuhnya.

Kini, lebih awal daripada dijangka, pihak Instapaper yang dimiliki oleh Pinterest mengumumkan, mengatakan perkhidmatan mereka telah pulih sepenuhnya. Pengguna kini boleh mengakses arkib daripada awal sehingga terkini dengan mudah.

Bagi anda yang tidak mengenali Instapaper, ia merupakan salah satu perkhidmatan yang memudahkan pengguna menyimpan pautan dan artikel – sekaligus memudahkan proses pembacaannya menggunakan sebarang peranti pada kemudian masa.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Perkhidmatan Instapaper Kini Telah Pulih Sepenuhnya – Lebih Awal Daripada Dijangka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info