Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Facebook Video Akan Hadir Untuk Apple TV, Samsung Smart TV Dan Amazon Fire TV

Facebook sebelum ini telah diperkatakan beberapa kali yang mana mereka akan hadir dengan aplikasi khusus untuk televisyen dengan fokus terhadap kandungan video. Hari ini, Facebook mengesahkan perkara berkenaan, dan mengumumkan aplikasi video mereka akan hadir untuk Apple TV, Amazon Fire TV dan juga Samsung Smart TV.

Facebook mengatakan melalui aplikasi berkenaan, pengguna boleh menonton video daripada rakan-rakan atau Facebook Pages yang mereka ikuti, menonton siaran langsung yang dilakukan pengguna seluruh dunia, video cadangan berdasarkan kepada minat anda – selain turut mengikuti video yang anda simpan pada Facebook Save.

Desas-desus sebelum ini turut mengatakan Facebook sedang dalam perbincangan beberapa pihak untuk menerbitkan kandungan khusus bagi platform mereka. Selain daripada itu, ia dikatakan langkah ini akan membolehkan Facebook menjana lebih banyak pendapatan – memandangkan perbelanjaan pengiklanan untuk kaca televisyen adalah lebih tinggi berbanding platform lain.

Buat masa ini, aplikasi berkenaan masih belum diterbitkan lagi, dan Facebook mengatakan ia akan hadir tidak lama lagi.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Facebook Video Akan Hadir Untuk Apple TV, Samsung Smart TV Dan Amazon Fire TV"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info