Filem Metal Gear Solid diumumkan pada tahun 2006. Selepas lebih sedekad menunggu, filem ini masih belum muncul di layar perak. Di dalam tempoh yang sama dua permainan utama Metal Gear Solid telahpun dihasilkan. Ramai mungkin merasakan projek filem ini telah dilupakan.
Hari ini ada berita baik bagi peminat permainan komputer ini. Jordan Vogt-Roberts, pengarah yang kini bertanggungjawab menghasilkan adaptasi permainan ini mengesahkan filem ini masih sedang dalam pembikinan. Sebuah skrip sedang ditulis yang akan setia kepada jalan cerita asal MGS. Beliau sendiri sudah menemui Hideo Kojima untuk mendapatkan input. Jordan Vogt-Roberts bukanlah pengarah yang ternama sekarang tetapi beliau telahpun diberikan kepercayaan untuk mengarah filem Kong Skull Island yang akan kelayar perak Mac hadapan.
Memandangkan jalan cerita MGS yang akan kompleks, pada pendapat anda tempoh manakah di dalam sejarah MGS yang perlu ditumpukan terlebih dahulu? Sebagai peminat kami hanya mahu ada babak di awal filem dimana Snake akan mengucapkan “kept you waiting huh?”
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Penghasilan Filem Metal Gear Solid Masih Akan Diteruskan"