Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pengasas Peranti Termurah Di Dunia Freedom 251 Ditahan Kerana Tuduhan Menipu

Setahun yang lalu peranti pintar Freedom 251 diumumkan di India oleh Ringing Bells. Peranti ini dijual pada harga ₹251 (~RM 16) sebuah dan sekaligus menjadikannya peranti pintar termurah di dunia. Ribuan tempahan dilakukan oleh warga India yang mahukan peranti yang amat mampu milik ini tetapi sehingga kini masih ramai menantikan pesanan yang tidak kunjung tiba.

Terkini dari India Mohit Goel, pengasas syarikat Ringing Bells kini ditahan oleh pihak polis atas tuduhan menipu pelanggan. Kes melibatkan seorang  pelanggan yang melakukan tempahan bernilai ₹3 Juta ( ~RM 199885) dan sehingga kini hanya menerima sebahagian kecil peranti yang dipesan. Apabila beliau cuba mendapatkan penyelesaian terhadap masalah ini, beliau menerima ugutan bunuh dari Mohit Goel.

Dengan penahanan Mohit, mungkin akhirnya kemelut Freedom 251 yang dikatakan hanyalah Skim Ponzi dapat diselesaikan. Seperti biasa di dunia ini sekiranya anda mendengar tawaran yang kurang masuk akal, jangan terlalu mudah tertipu dan menjadi mangsa.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pengasas Peranti Termurah Di Dunia Freedom 251 Ditahan Kerana Tuduhan Menipu"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info